دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Thursday, December 10, 2009

tipis kemungkinan



Seminggu aku nunggu telekom malaysia repair line telefon dan streamyx kat rumah. Mula buat aduan kat 100 pada hari tengahari khamis 3/12/2009 sampai hari ni 10/12/2009 takde perkembangan.

Bila aduan dibuat, dorang janji akan pulih dalam 24jam. Selepas 24jam aku telefon lagi, dorang janji lagi 24jam. Begitulah seterusnya sampai hari yang ke5 @ 120jam, dorang beritahu ada kerosakan kabel bawah tanah. Perrrrrggghh...Ape punya sengallah sampai 5 hari baru tahu kabel problem. Merintis Kemungkinan lah katakan!
Kemudian dorang janji akan siap sepenuhnya dan pulih pada 9/12/2009.

Aku tanya dorang kat mana kerja pembaikan yang dimaksudkan supaya aku boleh tolong tarik kabel sekali. Kalu sehari tarik kabel sejauh 1 kilometer, seminggu sudah sampai kat rumah aku.

Pagi ni aku telefon terus kat pengurus kawasan dan dia janji lagi akan pastikan talian pulih hari juga tapi nak tanya kontraktor dulu.
Pulamak...kontraktor lagi power dari pengurus kawasan.

WOooooittt.. berapa punya lama nak tunggu daaaaaaaaaaaaaaaah............


Aku dah teringat iklan SUDAH POTONG?!!!!!!

No comments:

Post a Comment

My Blog List