دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Wednesday, February 24, 2010

malezia : hub halal(2)

Semenjak diwartakan Malezia sebagai hub makanan halal , sejak itulah juga gua tengok banyak sangat pengeluaran makanan yang tidak halal yang di dedahkan kepada umum. Dari restoran2 yang terpampang logo halal, sampaikan kepada makanan2 ringan yang menjadi kegemaran kanak2. Kebanyakannya terang2an menipu melalui logo halal. JAKIM mungkin tak rugi apa apa.

Persoalannya, lagi dihebahkan sebagai hub halal, lagi banyak makanan tak halal berada dipasaran. Yang bestnya lagi, bukan setakat makanan haram telah menjadi halal, perbuatan yang haram pun dah nampak macam dah halal. Kedai judi berselerak lagi banyak dari kedai ubat/ farmasi.
Rasuah? Woiit, ini perbuatan harian. Sehinggakan ada yang mengaku di mahkamah memberi dan menerima sogokan sebagai perkara biasa kpd puak pemerintah regim zionis di malezia.
Nak menghalalkan perbuatan, gunalah istilah2 seperti politik wang.. Ini satu contoh perkara haram yg dah jadi halal. Kat mana? Negara hub halal!

TV pulak menghidangkan cerita cerita khurafat, tahyol yang terang terangan bertentangan akidah islam. Hantu, seram. Melakonkan upacara dan  mentera yang boleh membatalkan akidah islam. Syirik. Semuanya itu dah jadi macam perbuatan halal. Setan!
Buatlah cerita pasal Malaikat yang termasuk dalam rukun iman. Boleh menambah ketaqwaan.

Dadah : setiap hari ada tangkapan. tak cukup perbuatan warga sendiri, warga asing pun bawa masuk dadah. sebabnya senang aje. Orang dah tak respek undang undang malezia. Dadah yang dah jadi bahan kes pun boleh hilang dari stor simpanan. Jutaan ringgit beb. Dadah pun macam dah nak jadi halal.

Segala2nya ada malezia

Ehhh penatlah. Nanti gua sambung

No comments:

Post a Comment

My Blog List