دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Friday, June 4, 2010

Siapa Saudaramu




Rejim Zionis laknatullah sewajarnya ditentang dengan kekuatan persentajaan negara negara Islam yang bersatu dibawah panji panji Islam dan bukan sekadar berdemontrasi sahaja.

Tiadanya kerjasama ketenteraan diantara semua negara Islam menyebabkan rejim berkenaan berbuat semahunya dan membunuh sesuka terhadap hati umat Islam. Puluhan tahun umat Islam Palestin di ganyang oleh puak zionis, selama puluhan tahun itu juga umat Islam tidak mencapai persefahaman ketenteraan untuk mengujudkan pasukan tentera Islam. Peperangan ala gerila harus diperhebatkan terhadap musuh Allah dan Rasulnya sementara wujudnya gabungan tentara islam sedunia.

Dimanakah ketua2 negara yang mendabik dada sebagai negara Islam yang maju dan mempunyai peralatan ketenteraan yang moden dan canggih menyembunyikan peralatan tenteranya ketika orang Islam diganyang oleh musuh2 Islam? Apakah kita tidak merasa berdosa terhadap saudara Islam kita di Gaza, Bosnia, Chechnya yang diperlakukan lebih dahsyat dari binatang?

"Ya Allah, Berikan kekuatan kepada kami untuk bersatu dibawah panji panjiMu. Bukakan hati2 pemimpin kami untuk menerima hidayah dalam menubuhkan gabungan tentera islam."

soal pada diri kita sendiri : binatangkah kita kerana membiarkan saudara seislam dibunuh setiap hari tanpa pembelaan ?

baca peringatan ini juga ini

No comments:

Post a Comment

My Blog List