دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Wednesday, September 28, 2011

Nabi Ibrahim 'test' menantu

Pada suatu hari, nabi Ibrahim as datang ke Mekah bertujuan untuk
menziarahi anaknya Ismail.
Ketika baginda tiba, nabi Ismail tiada
di rumah sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya
dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi
baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali
bapa mertuanya iaitu nabi Ibrahim.
Tanpa berlengah baginda bertanya kepada perempuan itu tentang nabi Ismail.
Perempuan itu memberitahu bahawa nabi Ismail keluar memburu.
Apabila disoal tentang suasana kehidupan mereka maka perempuan itu menjawab:
" Kami hidup susah dan kesempitan".
Nabi Ibrahim bertanya lagi : " Adakah kamu mempunyai tetamu?
Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?".
Jawab perempuan tadi :" Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak
mempunyai bekalan makanan dan minuman".

Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan
oleh perempuan itu maka nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu
merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah
senang hati hidup bersama nabi Ismail.
Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu.
Sebelum bertolak pulang maka nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan tadi
yang juga merupakan menantunya :
" Sampaikan salamku kepada suamimu dan pesanlah kepadanya agar menukar
bingkai pintu rumahnya".

Sebaik sahaja nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah nabi Ismail
dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang
sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya :
" Adakah ada seseorang datang menziarahimu?".
Jawab isterinya :" Ya! ada iaitu seorang tua begini sifatnya telah datang
menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu.
Aku telah menerangkan segala apa yang berlaku kepadanya".
Baginda bertanya lagi :" Adakah dia meninggalkan sebarang pesanan kepadamu?"
Jawab isterinya : "Ya! dia telah berkirim salam kepadamu dan meminta aku
memberitahumu agar engkau menukar bingkai pintu rumahmu".
Mendengar jawapan daripada isterinya lantas nabi Ismail menjelaskan
kepadanya :" Itulah dia bapaku dan dia telah memerintahkan aku supaya
berpisah denganmu dan pulanglah kepada keluargamu semula".
Nabi Ismail terus menceraikan isterinya dan mengahwini perempuan yang lain.

Setelah berlalu beberapa lama masa maka nabi Ibrahim datang semula ke Mekah
untuk menziarahi anaknya Ismail.
Kali ini sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu
yang mana nabi Ismail tiada di rumah.
Baginda mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya.
Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan
yang baik.
Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru:
 " Adakah kamu mempunyai tetamu?". Jawab perempuan itu :" Ya! iaitu engkau".
Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua lalu perempuan
itu menjawab :" Kami berada dalam keadaan baik dan bahagia".
Sambil itu dia memuji-muji Allah. Sebelum pulang nabi Ibrahim berpesan
kepada perempuan itu : " Apabila suamimu pulang maka sampaikan salamku
kepadanya dan beritahunya supaya terus kekalkan bingkai pintu rumahnya".
Kemudian nabi Ibrahim berlalu pergi.

Setelah nabi Ismail tiba di rumahnya maka isterinya telah menceritakan
bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya.
Dia memberithu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta
menyampaikan salam dan pesanan daripada lelaki tua itu kepada nabi Ismail.
Mendengar penjelasan yang diberikan oleh isterinya lalu nabi Ismail dengan
gembira memberitahu :" Dia merupakan bapaku dan dia berpesan agar menjagamu
dan jangan menceraikanmu".
Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.





ck: Ramai  yang mencerca pasangan  sendiri dalam laman sosial / fb. Bukan setakat pintu kena tukar, dengan rumah sekali kena ganti baru...Hahaha

No comments:

Post a Comment

My Blog List