دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Showing posts with label tanah. Show all posts
Showing posts with label tanah. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Suami Isteri Najib bakal hanyut

PRU 13 bakal menghanyutkan suami isteri Najib dan sekutu BN.

Wednesday, June 15, 2011

Penyebab Terjadinya Gempa Bumi

Sayyidatuna Aisyah ra. Berkata, “Jika banyak wanita sudah membuka baju (aurat) bukan di dalam rumah suaminya, memakai minyak wangi bukan untuk (menyenangkan) suaminya, maka baginya api dan kehinaan. Dan jika mereka (manusia) telah menghalalkan perzinaan, minum minuman keras dan suka bermain alat-alat musik, maka Allah murka di langit-Nya lalu berfirman kepada bumi,“Terjadilah goncangan (gempa) untuk mereka”. Jika mereka taubat dan mencabut kemaksiatan itu maka Allah akan menghentikannya, tetapi jika
tidak,maka Allah akan menghantamkan bumi itu kepada mereka
(HR. Al Hakim dalam Al Mustadrak)




WaAllahu a'lam

Saturday, December 4, 2010

TAKZIAH KEPADA PAK BAKAQ

Takziah kepada Pak Bakaq @ Penarik Beca atas pemergian anaknya ke RAHMATULLAH. SEMOGA ROHNYA SENTIASA DICUCURI RAHMAT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN. ALFATIHAH.

Tuesday, October 5, 2010

Batu Arang Yang Semakin DiLupakan



Banyak sangat rumah terbuka sepanjang syawal ni. Gua nak lari dari kekenyangan dan keboroian macam puak gerombolan.

Hari Ahad lepas gua bersama dua orang kawan telah bergerak menuju ke Pekan Batu Arang,Daerah Gombak, Selangor.
Misi utama kitorang adalah untuk mencari kesan peninggalan lombong arang batu.

Bulatan(ronabot) Pekan Batu Arang

Tasik bekas lombong arang batu yang menjadi tumpuan pemancing toman




Salah satu laluan masuk terowong bawah tanah bersebelahan Balai Polis Bt. Arang<

Percubaan menuruni terowong yang gelap dan kotor
Langkah terhenti bila terdengar bunyi air mengalir
Otai Enal menghalang bebudak dari terus mengikuti kami menuruni terowong gelap dan berbahaya- mane tau ada anankonda lak. ape gua nak jawab dgn makbapak dorang nanti



Terowong yang ke2 kami temui berhampiran Jalan Bukit Nenas

Terowong ke3 yang kami temui bersebelahan rumah penduduk turut dipenuhi air dan sampah sarap.
Nampaknya cubaan untuk menjelajah ke dasar lombong arang batu menemui kegagalan, gua akan fikirkan cara lain. Maka terhentilah misi ke2 mencari harta yamashita.


Batu Arang banyak menyimpan sejarah pendudukan British, tentera Jepun dan penentangan bandit di Tanah Melayu. Cuma tiada usaha untuk menjaga tapak warisan sejarah tersebut untuk ditatap oleh generasi akan datang.
Sedikit tentang keretapi di Batu Arang boleh di lihat di sini
Ataupun catatan memori seorang blogger yang pernah singgah disitu.

nota: gua ada ambek beberapa ketul arang batu kalu Tenaga Nasional nak jimatkan kos boleh datang ambek tigapat ketul buat menjanakuasa letrik. hahaha














Saturday, June 13, 2009

Isu Rimas

jangan pandang belakang !

Jangan tunjuk bengong macam Batu Putih

Saturday, May 9, 2009

TANAH FREE DI KUANG

Setahu aku kerajaan Selangor telah bekukan semua permohonan tanah hutan, tapi penerokaan hutan berjalan lancar di kawasan tanah rezab Rancangan Sg. Serai, Kuang yang berkeluasan 298 ekar.

Ada pulak yang beritahu tanah tersebut akan di usahasamakan oleh peneroka tanah dengan sebuah syarikat jururunding yang bertindak sebagai pemegang saham.

Kalau dulu puak JKKK UBN songlap tanah atas nama projek belia, bila da diluluskan diorang tukar nama tanah kpd nama sendiri/kroni, kini JKKK buat terang terangan atas nama sendiri. Pastu ambil tanah sorang 2/3 ekar. Syarikat perunding pulak akan usahakan 150 ekar cara bersendirian. Macam di 'anugerahkan' tanah tu pada syarikat perunding.

Tok Ketua, Setiausaha, Ahli JKKK Sg. Serai (tak semuanya terlibat) sudah nampak ini $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Kuangkuangkuangkuaaaaaaaaaaaaaannggg !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

My Blog List