دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Saturday, January 29, 2011

SELAMAT MENGUNDI N05 TENANG

PERINGATAN TERAKHIR kepada Pengundi N05 DUN TENANG


1. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan MyKad.

2. Perhatikan juga orang yang bawa MyKad itu adalah orang yang dikenali.
Kalau muka orang yang tak dikenali tapi jadi pengundi ditempat anda, beri salam
pengenalan dan tanya mai mana. Hantu memang banyak bawak mykad la ni. Tutoq je

3. Paling PENTING sekali, jangan pangkah mamat gemuk yang kuat makan tu.klu dia
jadi ADUN semua orang Tenang jadi huruhara sbb nak melantak je kejenye.
Tanah pun ditibainye.

4. Walaupun undi adalah rahsia, keluar je pusat mengundi buatbuatla melatah dan
menjerit 'cikgu mala memang cun'. Puak sex lek bole hangin kena potong stim.

5. Semasa diluar pagar pusat mengundi celebrate(raikan) kemenangan calon pas
walaupun kiraan undi belum dijalankan.

6. Satu perkara yang TIDAK BOLEH dan DILARANG KERAS : Jangan sekali kali korang
nak lambong cikgu mala bila disahkan menang dun Tenang. hehehe


p/s: malaysia lebih sejahtera tanpa bn

Friday, January 21, 2011

melancong ke perancis



persiapan dan perbelanjaan jutaan ringgit tapi bila da sampai tak bole pancut.
Setakat 700 meter kete dah kondem buat buang karan je. Nak lumba atau makan angin?
Basikal tua gua kat atas tu lagi laju....


VALENCE (Perancis): Dua jentera Proton gagal menamatkan perlumbaan meskipun pada satu ketika menduduki tangga ke-12 pada hari pertama perlumbaan rali edisi ke-100 Monte Carlo yang disertai 32 kereta rali Super 2000 yang dikuasai Peugeot dan Skoda.

Pemandu Sweden, Per-Gunnar Andersson yang memandu Satria Neo S2000 menduduki tempat ke-12 pada peringkat pertama, kedudukan terbaik pernah dicapai jentera selain Peugeot dan Skoda sebelum terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kerosakan teruk di bahagian depan penyerap hentakan.


Sementara rakan sepasukan, Chris Atkinson menyertai senarai 15 pemandu yang gagal menamatkan perlumbaan peringkat pertama akibat kehilangan kuasa di bahagian sistem kawalan enjin.

Masalah itu yang memberi kesan kepada kuasa enjin jentera tidak pernah dialami Proton sebelum ini.


“Selepas pembangunan, ujian dan persediaan rapi, anda tetap tidak boleh menjangkakan cabaran yang dihadapi dalam rali,” kata Ketua Permotoran Proton, Datuk Abdul Razak Dawood mengulas kemampuan Satria Neo S2000 yang sebelum ini berjaya mengharungi ujian 400km.


Ujian itu menyamai jarak keseluruhan perlumbaan Monte Carlo tanpa mengalami sebarang masalah.

Disebabkan Format Super Rally tidak dipertandingkan di Monte Carlo, kedua-dua jentera mereka tidak dapat meneruskan pusingan kedua dan ketiga perlumbaan itu.


Pusingan pertama merangkumi empat peringkat di laluan pergunungan lagenda Ardeche. Ini termasuk dua laluan perlumbaan terpanjang rali sejauh 36.87 km menerusi laluan Le Moulinon ke Antraigues dan 41.06 km dari Burzet ke Saint-Martial.

“Penyertaan kami dalam IRC adalah dengan membawa misi taktikal. Bukan saja untuk menamatkan perlumbaan di podium tapi agenda lebih besar adalah memberi pendedahan jenama Proton di peringkat antarabangsa. Berdasar liputan meluas media luar dan minat penonton terhadap Proton, kami anggap sudah berjaya dan akan terus meningkat apabila prestasi jentera kami ditingkatkan,” kata Pengarah Pengurusan Kumpulan Proton Holdings , Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.


Turut mengambil bahagian dalam perlumbaan itu adalah Skoda, Peugeot, Abarth dan Ford. Perlumbaan rali Monte Carlo yang turut menjadi perlumbaan pembuka tirai Cabaran Rali Antara Benua (IRC) 2011 menarik penyertaan 120 kereta. Dibahagikan kepada tiga pusingan, rali Monter Carlo meliputu jarak keseluruhan 1,340 km. Perlumbaan itu menarik penyertaan ramai pemandu terkemuka dengan juara IRC champion Juha Hanninen menggalas cabaran Skoda Motorsport.

Monday, January 3, 2011

SUK Selangor dilancaukan

Cuba orang Melaka sebut perkataan ini: "Lancarkan"




Orang lain selalu kontrol macho, tapi yang ni sedang kontrol bodoh.
Tunjuk muka BAGAK(bangang+berlagak)



28 Muharram 1432H.
KENYATAAN MEDIA MB SELANGOR

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.

My Blog List