دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.

Monday, October 26, 2009

JUMAAT SATU RAKA`AT

Semua lelaki yang mengaku Islam kena pergi ke masjid pada hari Jumaat untuk menunaikan solat fardhu seminggu sekali. Solat Jumaat ni tak boleh buat sorang sorang walaupun kita pandai baca khutbah sendiri. Tak sah,yob !! Kena ada 40 orang atau lebih baru boleh ON, kalau tak cukup sorang pun kena CANCEL. Tak cukup syarat. Antara syaratnya mestilah sekurang kurangnya 40 orang.

Di Kuala Lumpur ni kalau solat jumaat sampai tak cukup tempat. Melimpah ruah. Ramai juga yang datang lambat ke masjid sehingga tak sempat nak dengar khutbah. Maklumlah orang KL selalu sibuk.

Ni nak cerita sikit pasal makmum masbuk. Sesampai masjid, imam da selesai baca fateha rakaat ke2. Mujurlah sempat rukuk bersama tok imam, kalu tak tentu tak dapat satu rakaat pun. Selesai tok imam beri salam, mamat sorang ni pun sambung solat lagi satu rakaat. Solat jumaat kan ke 2 raka`at je?
Aku rasa macam nak lempang je mamat semak tu bila aku tanya dia kenapa tak tambah lagi 3 rakaat, bukan 1 rakaat.
Dia tetap pertahankan hujah boudeux yang mengatakan solat jumaat 2 rakaat je tak kira apa mazhab atau parti.
Aku tahulah mamat tu lepasan universiti yang ada nama islam , tapi jurusan sains politik.

Aku tetap kata dia kena buat solat zohor sebab tak sah solat jumaat tu...
Last sekali aku tanya dia boleh ke solat jumaat sorang sorang? Dia pun jawab tak boleh! Da tahu tak bole nape solat jumaat satu rakaat ikut imam, lagi satu rakaat buat sorang2?

A`aaah lah kan!!!!!Okey2,aku buat zohor jelah!
Ingat, lain kali kalu missed 1 tambah 3, kalu missed 2, ganti 4.
Solat jumaat je, jangan kau buat pada solat subuh pulak!!!!??!!!! aku pun blah.


SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT

1. Muslim
2. Berakal
3. Baligh
4. Sihat tubuh badan
5. Mastautin atau bermukim
6. Merdeka

SYARAT SAH SOLAT JUMAAT
1. Dikerjakan dalam waktu zohor
2. Dikerjakan di suatu tempat atau binaan tertentu seperti masjid
3. Perlu dikerjakan secara berjamaah sekurang kurangnya 40 orang
4. Didahului dengan 2 khutbah.
5. Tidak boleh lebih dari satu solat juma`at

Saturday, October 24, 2009

MERAPU

Nak muktamar khas ke tidak? Nak ke taknak..?? Nak taknak?
Masalah pemimpin yang kecamuk. Ahli dan penyokong ada yang nak cabut lari gara2 pemimpin kalut.



Gambar ini takde kena mengena dengan PAS.
Mamat yang pakai t-shirt ni aku jumpa kat tanah perkuburan Islam. Berbuih buih tok imam baca talqin bagi peringatan kepada yang hidup dan yang mati, tapi dia tak rasa apepe kesalahan pada tulisan t-shirtnye. Hentam saje la Labu.......Memang ngok!!

Sunday, October 18, 2009

OKTOBER BULAN BAHASA


Jangan lupa bulan Oktober telah diisytiharkan BULAN BAHASA. Pandai pandailah berbahasa.

Thursday, October 15, 2009

takde otak


Wanita UMNO tak boleh berfikir sejak 52 tahun dahulu. Hahahahaaaaa...BARU PERASAN.

Friday, October 9, 2009

Bangang Pinang

Peristiwa Bangang Teknikal





Teknikal Kritikal



perhatian: Setan2 Teknikal sedang berkeliaran di Bagan Pinang untuk pertahankan kerusi kayu.

Tuesday, October 6, 2009

Barang Hangat


Dengan bermodalkan beberapa hinggit, anda boleh mendapatkan 'barang' diatas dari farmasi berdekatan.
Gua da pakai ini 'barang' bertahun lamanya tapi tak sangka dengan harga tak sampai RM30, boleh menyebabkan anda popular satu malaya.
Doktor telah menasihatkan gua untuk memakainya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masih gua ingat lagi gua terjatuh dari 'superbike' pada kelajuan 160km/j. (tunjuk power motor Itali,.. konon!!!). AlhamduliLlah takde patahgiok !!
Tapi tak sangka lak di Bagan Pinang,ada mamat sorang ni kena gosok bahu bole tergeliat tengkok. Ini lebih lawak dari kartoon spongebob!!!
Jadi gua nasihatkan pada semua yang bertitle Datuk/Tan Sri/Tun, jika nak berkempen kat Bagan Pinang, bawak2lah spare 'barang' ini untuk tujuan kecemasan. Cuba elakkan menepuk bahu sambil bersalaman dengan pengundi. NANTI KENA SAMPUK!!

Ahli/ penyokong PR tidak digalakkan memakai 'barang' ini semasa berkempen, elakkan tuduhan menghina individu tertentu. BARANG KAWALAN YANG AKAN DIPATENKAN hahahaahaaa........lawak bewok

Saturday, October 3, 2009

putera kena bedal

Gua tak caya mamak tu kena tumbuk bertubi tubi tak kurang 20 kali dan disepak terajang sewaktu hari penamaan calon Bagan Pinang. Kalu 'undertaker' kena macam tu pun dah rebah, tapi mamak tu lebih hebat dari para penggusti.
Berita TV siap fokus belakang kepalanya konon kena belasah, tapi gua tak nampak pun mamak tu ada tengkok.

Ehh.. mana satu tengkok dia?? Kalu ada leher tentu ada tengkok !!!!

TAKDE LEHER TAKDE TENGKOK TU APE YEE?

Aziz mamak lu tak payah minta simpati pengundi Bagan Pinang.

Samseng Kg Dusun tak gertak pelanggan dengan pistol!!!

My Blog List