Cuba tengok betul2 kain rentang ni, tentu tak perasan agenda Ah Long untuk KAKITANGAN KERAJAAN & BADAN BERKANUN.
Beri pinjaman 100% selama 15 tahun dengan kadar faedah 12% (walaupun tulis kat situ 0.83% sebulan.) Bayaran servis dikenakan sebanyak 12% selepas diluluskan.
Korang tahu tak 12% tu banyak mana? Cuba kira kalau pinjaman RM30,0000 x 12%=RM3,600.
Maknanya pinjam RM30,000 dapat RM26,400. Awal2 lagi dia dah sebat RM3,600. maasyuuuk.
Belum lagi kira `interest'. Kalu RM30,000 x 12% x 15 tahun, interest sebanyak RM54,000 dikenakan. Jumlah pinjaman berserta interest dah jadi RM84,000.
Ansuran bulanan kena bayar RM466.66 secara potongan gaji.
Wowww, beribu ribu lemon...!
Ah Long tak perlu pergi kutip hutang lagi, tunggu duit masuk dalam akaun koperasi dengan goyang kaki je. Lain2 semua diuruskan oleh pihak kerajaan. Macam dah ada kerjasama Ah Long-KERAJAAN.
ADA BERANI keeee...?
No comments:
Post a Comment