دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Sunday, March 28, 2010

Bujang Melaka

AlhamduliLlah lega rasaya lt gua dah sihat wal'afiat.

Pagi ahad gua angkut sorang otai follow gua pergi tengok tempat nak 'camping'. Destinasinya ke Gunung Bujang Melaka di Kampar,Perak. Waktu gua sampai, cuma ada 2 budak orang asal je kat situ.
Sudahnya budak 2 orang tu jadi penunjuk jalan .
Suasana nyaman dan tenang.

Terima kasih Allah!

Friday, March 12, 2010

Boring

Da beberapa hari ni lt gua buat perangai kena gangguan makhluk halus sampai tahap kritikal. Virus laa.... Gua naik boring.
Kalau tak hujan gua rasa nak layan motor sampai Melaka. Lagi pun motor gua dah berbulan tak panaskan enjin. Gua rempit jugak sesekali. Insya Allah sampai Bandar Melaka nanti gua nak pekena nasi gunting. Ssyyyiiiuuuupph... Enak !

Do'a kan gua selamat dan panjang umur.

Thursday, March 4, 2010

malezia : hub halal (3)

Gua naik malas nak sebut pasal hub halal yang dibanggakan oleh malezia.

Last sekali, nak sebut pasal katak dah jadi halal dalam politik malezia.
Katak yang menjadi umpan untuk memancing ikan kini dah menjadikan 'dirinya' sendiri untuk meraih kemewahan. Katak selamanya adalah umpan. Jangan sampai lu melintas jalan, nanti gua lenyek dengan tayar kereta.

Manusia katak pun same je.

Sila lapor kegiatan memperdagangkan manusia katak


Segala2nya ada di malezia. Bravo !!

My Blog List