دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Showing posts with label virus. Show all posts
Showing posts with label virus. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

iklan sengal

Hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadith ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)




Lagi baik gebom menutup aurat dari slim menutup serupa telanjang!

nanti kat dalam kubur Malaikat tak tanya berapa kg berat badan lu orangggg..

Monday, June 27, 2011

bukan gwe

Ingat braheng ingat dollah. Ingat dollah ingat braheng. Dollah mana pulak ni?
Takkan dollah ni kot. persepsi masing2.

Thursday, November 18, 2010

TM guna solar??






Lebih 2 minggu stimix yang dibanggakan tidak berfungsi 24jam. Bila hari hujan internet mula menitis jatuh kebumi. Tak kira siang atau malam. Jalur lebar dah jadi jalur kuncup macam Najib berdepan dengan bini. Kuncup sampai hilang telo. Hilang stim

Tambah teruk lagi bila cahaya matahari terbenam. Selepas pukul 7 malam, stimix turut terbenam.
Pagi esoknya lepas pukul 7 baru ade line balik. betul2 koman, cekai

Tiap hari kena buat repot. Last last kata kabel ada masalah, dari atas tiang sampai kabel bawah tanah ade poblem atau kondem kontrektor yang pasang kabel. Macam la gua yang lantik kontrekter tu.
Alasan bingai...sebijik macam tok peti yang petahankan si tepong tawar yang buat tak tau kebenda atau sitepong tawar yang dah kencing tok peti.



PALING PALAT LAGI PO KE MEK !!

Thursday, April 15, 2010

Pulak dah

Ape bendenye ni...?  Tak habis habis bawak masalah.. mufta oh.. mufta, nak cari gaduh ke? Korang baca kat sini.

Thursday, March 4, 2010

malezia : hub halal (3)

Gua naik malas nak sebut pasal hub halal yang dibanggakan oleh malezia.

Last sekali, nak sebut pasal katak dah jadi halal dalam politik malezia.
Katak yang menjadi umpan untuk memancing ikan kini dah menjadikan 'dirinya' sendiri untuk meraih kemewahan. Katak selamanya adalah umpan. Jangan sampai lu melintas jalan, nanti gua lenyek dengan tayar kereta.

Manusia katak pun same je.

Sila lapor kegiatan memperdagangkan manusia katak


Segala2nya ada di malezia. Bravo !!

Wednesday, February 24, 2010

malezia : hub halal(2)

Semenjak diwartakan Malezia sebagai hub makanan halal , sejak itulah juga gua tengok banyak sangat pengeluaran makanan yang tidak halal yang di dedahkan kepada umum. Dari restoran2 yang terpampang logo halal, sampaikan kepada makanan2 ringan yang menjadi kegemaran kanak2. Kebanyakannya terang2an menipu melalui logo halal. JAKIM mungkin tak rugi apa apa.

Persoalannya, lagi dihebahkan sebagai hub halal, lagi banyak makanan tak halal berada dipasaran. Yang bestnya lagi, bukan setakat makanan haram telah menjadi halal, perbuatan yang haram pun dah nampak macam dah halal. Kedai judi berselerak lagi banyak dari kedai ubat/ farmasi.
Rasuah? Woiit, ini perbuatan harian. Sehinggakan ada yang mengaku di mahkamah memberi dan menerima sogokan sebagai perkara biasa kpd puak pemerintah regim zionis di malezia.
Nak menghalalkan perbuatan, gunalah istilah2 seperti politik wang.. Ini satu contoh perkara haram yg dah jadi halal. Kat mana? Negara hub halal!

TV pulak menghidangkan cerita cerita khurafat, tahyol yang terang terangan bertentangan akidah islam. Hantu, seram. Melakonkan upacara dan  mentera yang boleh membatalkan akidah islam. Syirik. Semuanya itu dah jadi macam perbuatan halal. Setan!
Buatlah cerita pasal Malaikat yang termasuk dalam rukun iman. Boleh menambah ketaqwaan.

Dadah : setiap hari ada tangkapan. tak cukup perbuatan warga sendiri, warga asing pun bawa masuk dadah. sebabnya senang aje. Orang dah tak respek undang undang malezia. Dadah yang dah jadi bahan kes pun boleh hilang dari stor simpanan. Jutaan ringgit beb. Dadah pun macam dah nak jadi halal.

Segala2nya ada malezia

Ehhh penatlah. Nanti gua sambung

Saturday, February 20, 2010

malezia: hub halal (1)

(gambar sekadar hiasan - takde kena mengena dgn jin qarin, anak bulan safar atau otak2 dan satar)


kalu ponggong saiz 45" jangan pakai seluar yang saiz kanak2, nanti nampak macam2 alor, termasuk alor gajah.

inilah antara pesen tutup aurat terkini. Rambut kasi tutup, jembut kasi tunjuk. Macam2 kale ada tapi yang berkarat paling banyak. Maklumlah kulit sawo matang campur jeragat. Cheh, buat kembang tekak.
Mari baca notis akhir zaman. Lu fikirlah sendiri.

Segala2nya ada di Malezia !!

Saturday, November 21, 2009

nike sialan

Tulisan 'ALLAH' pada kasut NIKE
JOM BOIKOT NIKE


Sunday, August 23, 2009

H1N1 + H5N1

Virus selsema babi (H1N1) telah ditemui bermesraan dengan virus selsema burung (H5N1).

Gabungan virus selsema manusia, selsema babi dan selsema burung telah membuka lembaran baru dalam epidemik global.

Menteri Kesihatan Leow TIONG Lai kena berwaspada; boleh jangkiti `Tiong Man', `Cicak Man', `Kluang Man' dan juga `Spider Man'.

Toyol Man! Mana lu mau lari??

Thursday, August 13, 2009

nasib babi

Ada kelainan pendekatan Kementerian Kesihatan dalam menangani selsema burung dan selsema babi. Sewaktu selsema burung melanda di Paya Jaras, Sg Buloh, kementerian mengarahkan supaya semua burung dan unggas di Paya Jaras dimusnahkan. Bila selsema babi meragut puluhan nyawa, babi terus bersenang lenang dalam kandang. Nasib babi lebih baik dari ayam itik. Babi....lu memang kebal !!!!

Wednesday, July 15, 2009

Apa kaitan hadis dan H1N1




Masih aku teringat waktu sekolah ada di ajar sebuah hadis Nabi SAW:

" Tiada jangkitan pada penyakit BERJANGKIT, tiada sempena sial/kecelakaan pada burung hantu, tetapi hendaklah kamu lari penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari dikejar harimau".

Korang rasa hadis ni takde kena mengena dengan penyakit H1N1?? Sekiranya ada, nape para ulamak tak sebut bila timbul isu penyakit berjangkit??
Aku tetap yakin pada Hadis Nabi SAW.

#super hero kat siam pun takut selsema babi. diorang memang takde power pun!!!

Tuesday, June 30, 2009

Hina Nabi S.A.W


(gambar majlis penganugerahan Datuk di Melaka)

Datuk Shah Rukh Khan didakwa telah menghina Nabi Muhammad dalam temubual majalah TimeNStyle.
OOoooi mamat, Lu apa hal? Lepas dapat gelaran jadi BODOH?? Takdak akai...

Saturday, June 20, 2009

jangan tangkap


(sumber: Berita Harian)

Gua tak tahu mana nak dapat itu `barang', lagi mau kasi derma kat sekolah pulak. Tak derma lagi baik looooo.... Sape buat itu `banner'? Kicik kicik tak mau pigi sekolah, sudah besar BODOOOH...

Monday, May 18, 2009

AWAS !!!!!


Virus influenza H1N1 boleh merebak melalui transaksi wang tunai/mata wang.

Pastikan kebersihan tangan anda

My Blog List