دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.

Sunday, November 6, 2011

Najib Tetamu Siapa ?

Sekian lama najib dipertikaikan kredibilitinya sebagai seorang islam
berhubung kaitannya dengan termengandungnya seorang model mongolia sehingga

berlaku pembunuhan kejam, dikatakan juga pembaptisan oleh Pope Benedict serta keborosan
kaum keluarganya membelanjakan wang negara(baca wang rakyat) dan takut bini,
kini beliau mendapat kesempatan menunaikan ibadat haji bersama kroninya ( tak perlu ikut kuota?)
sebagai langkah membersihkan imejnya yang telah tercemar hebat.

Ibadat tersebut pada dasarnya diwajibkan keatas setiap muslim, namun najib dilihat
mengambil peluang tersebut untuk membuktikan kepada dunia termasuk musuh
politiknya bahawa beliau adalah seorang tokoh dunia islam yang paling
dimuliakan dan disegani oleh ketua kerajaan Saudi yang mentadbir kota Makkah.
Dikatakan persepsi sebagai penjenayah berprofail tinggi akan terhakis dengan
popularitinya sebagai VVIP ketika berada di sana. Sekaligus berjaya menewaskan
kehebatan para ulama dan pemimpin Islam yang lain yang tidak pernah diberikan
keistimewaan dan kawalan ketat semasa menunaikan haji. Najib lebih islam dari pemimpin
harakah islamiyah yang lain. Apakah ini juga bermaksud takut mati atau tidak rela
bergelumang dengan lapisan umat islam yang datang dari segenap ceruk rantau dunia?
Inilah hasil perahan kepala otak kuncu kuncunya yang turut dibawa bersama menyertai
rombongannya sebagai habuan.

Pun begitu, diharapkan beliau akan mendapat haji mabrur(?) bersama juak2nya. Dan kita
boleh menilai keikhlasan, keinsafan dan kejayaan dari haji yang Mabrur dengan menzahirkan
tindakan yang tidak menyalahi siasah dan syariat Islam. Cara paling senang kita tunggu mak aji mah akan terus berjambul atau tidak lagi setelah selesai menunaikan ibadat tersebut.( Kalau masih berjambul, Najib takkan berani tegur nye) Jika ini berlaku, percayalah haji mabrur takkan singgah pada hati yang dayus.

nota: # aji roksun abuka

No comments:

Post a Comment

My Blog List