وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت
اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين
اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه
وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا
ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .
Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqidan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi
Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.
Wednesday, May 2, 2012
tukanglawan: #CeritaBersih3.0 - Polis wanita tumbuk Makcik 71 Tahun
Aunty Ah Mei, seorang makcik berusia 71 tahun mengadu bahawa dirinya ditumbuk oleh polis pada bahagian mukanya, dan lengan tangannya tercedera dipulas, malah diheret secara kasar ke dalam kereta.
Aunty Ah Mei menghadiri sidang media yang diadakan ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai di stesen LRT Masjid Jamek.selepas tamat himpunan Bersih pada sabtu lepas.
Aunty Ah Mei mengadu bahawa polis mengheret bajunya, kemudian beliauditumbuk seorang polis perempuan pada mukanya, di bahagian tengah-tengah antara hidung dengan mulut.
Kerana marah dengan perbuatan polis wanita tersebut, serta bimbang giginya gugur ditumbuk, lantas aunty Ah Mei menendang kembali polis perempuan itu. Pegawai polis dalam kereta polis melihat kejadian itu dan terus menghalang polisperempuan itu untuk terus memukulnya, barulah Aunty Ah Mei terselamat daripada dicederakan selanjutnya.
Aunty Ah Mei berjalan dari Jalan Raja Laut ke Jalan Tun Perak semalam, dua kali beliau nampak polis mengejar dan memukul peserta demonstrasi. "Setengah mampus dibantai, sangat sedih saya lihatnya."
Aunty Ah Mei menangis di situ sebaik sahaja melihat buat kali pertama melihat polis memukul tiga orang. Beliau bertutur dalam kantonis, menyifatkan polis sebagai "tidak berperikemanusiaan", kerana ramai antara yang dibelasah adalah anak muda yang kurus tubuh badannya.
Aunty Ah Mei juga menyaksikan sendiri bagaimana kira-kira 10 orang polis mengepung, menumbuk dan menerajang peserta perhimpunan. Beliau mendapati polis menyasarkan bahagian kepala peserta, dan mengheret peserta ke kereta polis selepas memukulnya.
Ketika dirinya ditahan, beliau melihat ramai pemuda yang luka pada bahagian kepala sehingga berdarah. Ah Mei mendakwa dirinya mampu mengecam wajah polis yang memukul dirinya dan orang lain, menawarkan dirinya untuk mengecam muka polis seandainya polis mahu menyiasat.
No comments:
Post a Comment