دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Showing posts with label malaysiaku. Show all posts
Showing posts with label malaysiaku. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Akhbar Dwi Bahasa

Baru muncul dipasaran. Dwi Bahasa >English-Arab. Naskah percuma

Sunday, January 17, 2010

imam



Gambar gerombolan mengerjakan umrah. Nak cepat selesai tawaf, main lambai je hajraltul aswad. Awat tak cium setiap kali tawaf, kan ada pengawal

Semasa lawatan rasmi ke Arab Saudi, Raja Saudi meng'anu' gerahkan ntah ape ke darjah kehormatan pada ex-boyfriend minah cun dari mongol ni.





Raja dan imam



Jumaat depan kita mintak piem jadi imam solat jumaat lak. Apa macam, ada berani??


rembat dari pelingkup melayu

Monday, January 4, 2010

Bertasbih


"SEGALA YANG ADA DILANGIT DAN YANG ADA DIBUMI SENTIASA BERTASBIH KEPADA ALLAH YANG MENGUASAI (SEKELIAN ALAM) YANG MAHA SUCI YANG MAHA KUASA LAGI MAHA BIJAKSANA" (aljumu`a 62:1)




Kedua dua logo ni ada tulis kalimah ALLAH.
Dipakai oleh yang Islam dan bukan Islam. Yang bawa lari enjin pun pakai kalimah Allah? Termasuk dalam golongan yang sentiasa bertasbih ??

Friday, December 18, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH







puaka berkeliaran
Kita boleh lihat di kampung2 ada pokok yang mereput kering akibat dipanah petir. Daunnya luruh satu persatu hari demi hari sehingga tinggal tunggul. Orang tua2 kata pokok tu jadi tempat singgah hantu puaka, itu pasal ditembak petir. Betul ke tidak aku tak tahu sebab aku tak nampak hantu jenis tu. Kalau hantu yang jenis ini mungkin ramai yang tahu. Hantu DOLLAR AND CENTS $$$$$$$

Hantu jenis ni nampak sama macam manusia biasa tapi kalu singgah kat mana mana negeri atas angin atau bawah angin habis diborongnya segala macam hiasan diri.
Tak cukup duit? Pengurup wang boleh tolong transfer ke akaun luar negara.

Akibatnya pengurup wang yang kena dakwa kerana memindahkan wang RM600,000 untuk hantu puaka di luar negara. Hantu bebas ber'shopping' sakan.

p/s: Money changer umpama pokok kayu pada hantu puaka. Betul2 kayu !!!

Friday, November 13, 2009

TUMBANG


Billboard di Bulatan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Subang telah runtuh pada petang 12/11/2009 ketika hujan lebat.

Kontraktor mana pulak akan dapat WANG BESAR, WANG BESAR!!

Runtuh 1Malaysia

Saturday, November 7, 2009

Misi

Kalu ada sape nak ikut gua pegi Peranchis bolehlah korang kemas kain baju cepat2 sebab gua ada misi mencari kotak yang tertinggal dalam bot keluarga Kuwait.
Misi susulan ni adalah lanjutan dari lawatan resmi kepala negara Malaysia ke Peranchis. Korang boleh baca kat sini.atau di sini

Kejayaan  mendapatkan kotak misteri akan menjulang nama negara dipersada antarabangsa sebagai rakyat Malaysia yang jujur dan akan diberi wang ehsan jutaan ringgit. Bole lah kita dermakan kepada fakir miskin dan anak2 yatim......! Ape bukan begitu Bik Mama? Nak karaoke sikit dengan duit tu bole jugak,kan?

Apa pun terima kasih tak terhingga kepada Putera Saud. Cubalah intai intai kat sini tentang Dinasti Saudi

Jangan marah.....

OOoooopp... sebelum lupa, tarikh penerbangan balik ke Malaysia akan kita tunggu AirAsia atau Firefly buka laluan baru ke Peranchis. ( boleh tak buat tambang murah ke Mekah/ Madinah?)

Friday, October 30, 2009

Sunday, October 18, 2009

OKTOBER BULAN BAHASA


Jangan lupa bulan Oktober telah diisytiharkan BULAN BAHASA. Pandai pandailah berbahasa.

Monday, August 24, 2009

rotan syariah

Hukuman rotan terhadap model sambilan ditangguhkan dengan alasan untuk menjaga kesucian Ramadhan. Demikian arahan dari Pejabat Peguam Negara.

Apakah ini bererti menjalankan hukuman tersebut sebagai mencemari Ramadhan?
Bagaimana pula dengan tahanan ISA yang tidak dibicarakan.
Kenapa tidak dibebaskan dibulan Ramadhan?
Adakah ini menunjukkan penahanannya adalah satu TINDAKAN SUCI?

alim taikucing!!!!!

MITOS DAN PENIPUAN




TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN


Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

ihsan : bro hisham tukar tiub

Thursday, July 30, 2009

JUMPA DISINI


da berbulan aku tak dengar loceng `icecream' fru, tentu diorang tengah `polish' kasi kilat.
SEMUA DIJEMPUT HADIR kecuali FRU

Tuesday, July 7, 2009

thaksin shinawatra


Bekas PM Thailand berada di Kuala Lumpur lebih 24 jam ?????
Mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abd Aziz Subang bersama pesawat peribadi.?????
Macamana boleh mendarat kalau tak dapat kebenaran????
Singgah isi minyak ????
Thaksin pelancong??? Layak tinggal 30 hari
Menginap di Shangri La Hotel KL?????
PDRM diminta menahan Thaksin tapi KPN kata Thaksin sudah blah????

AWAT CEPAT SANGAT ??? PERGILAH SHOPPING KAT KLCC KE..BKT BINTANG KE...PERGI KE MANIK URAI KE...

MALAYSIA NEGARA TRANSIT????? PENGIMPORT DAN PENGEKSPORT MANUSIA ??? hEY...USA, JANGAN PANDAI PANDAI TUDUH GITU, NANTI PM NAJIB TEFON KAT OBAMA...................

Sunday, June 21, 2009

BERITA PANAS


Jamuan Makan Malam anjuran DAP Klang telah dihalang oleh FRU yang lengkap bersenjata seolah olah akan berlaku rusuhan besar. Majlis untuk mengutip dana itu turut diserikan oleh jentera meriam air. Alasannya adalah tidak dibenarkan diadakan ditempat terbuka- mesti dalam tempat tertutup.

Ini berbeza dengan konsert Inspirasi 25 tahun TV3 suku yang diadakan di Dataran Merdeka. Sejak hari Sabtu lagi dah tutup Jalan Raja kepada semua lalulintas sehingga berlaku kesesakan lalulintas di jalan berhampiran.

Sambutan Inspirasi boleh, makan malam dibawah khemah tak boleh.

Thursday, June 18, 2009

Kenyan


Menteri Pendidikan Kenya berminat dgn eduwebtv.com? Rasanya selepas ini Menteri Zimbabwe pulak. Raja Swaziland yang tiap kali raikan sambutan hari jadinya dgn pilih bini baru tak minat ke dgn web tv ni??Apakah tahap pendidikan di Malaysia setara dgn Kenya ??

Saturday, June 13, 2009

Isu Rimas

jangan pandang belakang !

Jangan tunjuk bengong macam Batu Putih

1 Malaysia


Amfibia dapat makan lalat.
hahahahaha

My Blog List