
TAWAU: Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini jam 5.28 petang.
Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.
Katanya pada hari dan masa itu kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.
"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya," katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri di sini hari ini
(copy paste dari MyMetro)
No comments:
Post a Comment