دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Beberapa pendapat tentang Nisfu Sya'aban

Beberapa Pendapat Ulama Muktabar Tentang Sambutan Nisfu Sya`ban

Sunday, February 19, 2012

Orang Tak Solat Pun Boleh Berjaya..Apa Rahsianye Yerk????


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Saturday, December 10, 2011

Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari


HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad (sunat yang dituntut)

CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan duarakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu. Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(i) Lafaz niat untuk gerhana bulan:
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
(ii) Lafaz niat untuk gerhana matahari:
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan, manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring.

  sumber: http://www.zilhan.com/panduan-solat-sunat-gerhana-bulanmatahari/#ixzz1g7eiofUa

Saturday, November 5, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Larangan Isbal (melabuh pakaian)





Antara hadits-hadits sekitar larangan tentang pemakaian yang melebihi paras buku lali atau pakaian yang meleret berdasarkan riwayat Sahih Muslim:

Wednesday, September 28, 2011

Nabi Ibrahim 'test' menantu

Pada suatu hari, nabi Ibrahim as datang ke Mekah bertujuan untuk
menziarahi anaknya Ismail.

Sunday, September 25, 2011

Fenomena Masjid Dhirar

gambar tapak masjid dhirar berdekatan masjid Quba di Madinah

Friday, September 23, 2011

Amalan Mencerahkan Penglihatan

DOA INI DIBACA KETIKA AZAN BERKUMANDANG, SEMASA MUAZZIN SELESAI MELAFAZKAN KALIMAH أشهد أن محمد رسول الله .


DIBACA SATU KALI SAHAJA SETIAP KALI MUAZZIN MELAFAZKAN KALIMAH TERSEBUT.JADI 2 KALI SETIAP SOLAT FARDHU..
rebutlah peluang ini semoga mata kita cerah dan mendapat syufaat dari Rasulullah.

وَقَالَ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمِعَ النِّدَاْءَ فَقَبَّلَ إِبْهَامَيْهِ فَوَضَعَ عَلَى عَيْنَيْهِ وَقَالَ
مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةُ أَعْيُنِنَا بِكَ يَا رَسُولَ اللهِ

( hanya bacaan di atas yang perlu dibaca ).

فَأَنَا شَفِيْعُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَقَائِدُهُ إِلَى الْجَنَّةِ .

Sabda Rasulullah: Sesiapa mendengar azan dan mengucup kedua ibu jarinya dan meletakkan kedua ibu jari pada kedua matanya dan membaca :

مَرْحَبًا بِذِكْرِ اللهِ تَعَالَى قُرَّةُ أَعْيُنِنَا بِكَ يَا رَسُولَ اللهِ
( hanya bacaan di atas yang perlu dibaca ).

Maka aku ( Rasulullah ) akan memberi shafaat padanya di hari Qiamat. atau Sesiapa mendengar seruan azan lalu mengucup dua ibu jari dan menyapu kedua matanya serta menyebut atau boleh juga dibaca bacaan dibawah :

لَقَدْ كُنْتَ فِى غَفْلَةٍ مَنْ هَذِا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاْئَكَ فَبَصَرُكَ يَوْمَ الْحَدِيْدِ



Mata orang berbuat demikian akan cerah di dunia dan akhirat.



sumber : blogperibadirasulullah

Wednesday, August 10, 2011



Perhatikan hadist dibawah ini......!!!

Amr ibn Salamah berkata, "Suatu ketika Nabi saw. bersabda, 'Jika waktu sholat tiba, hendaknya ada di antara kalian yang melakukan azan. Lalu yang paling banyak bacaan Al Qur'annya hendaknya diangkat menjadi imam.' Mereka melihat tidak ada yang bacaan Alqurannya melebihi diriku. maka aku diangkat sebagai imam padahal usiaku masih enam atau tujuh tahun." (HR Bukhari)

setelah seribu tahun lebih,kisah dalam hadist itu kini terulang lagi. Ayat / isyaroh alam yang harus kita cermati.Maha Suci Alloh yang sudah mengutus Rosul dan memberi sahabat yang mentranfer berita yang menakjubkan ini..
Vidio ini dishare dari Ichsan Surya,guna dakwah

Friday, November 19, 2010

Ini Hari - Hari Ini


Fahami dan hayatilah takbir ketika masih berada dalam Hari Tasyrik.

HARI MEMPERINGATI KEZALIMAN
KUASA KUFFAR TERHADAP PENDUDUK KAMPUNG



19 HB NOVEMBER 1985

Sunday, October 17, 2010

TONGKAT CUCU

Hari ni gua sesuka hati je pergi cari pokok kelo/kelor/ gemunggal/remunggai untuk buat tongkat .
Takyah cari jejauh dalam hutan, cari kat tepi2 kampung pun bole jumpa.
Tepi kuil hindu pun selalunya ada ditanam.

Inilah buah kelo yang boleh menambah sedap masakan kari
( tapi yang ni dah tua koghe, sesuai dibuek boneh)

Koleksi tongkat dari rotan, teras bertam dan tahpape lagi.




Terbaru, tongkat dari kayu kelo. Baru selesai diraut kulit kelo untuk dikeringkan sebelum disapu cat . Aik..najib,tongkat tak dapat pengecualian cukai ke, mcm seluar dlm, coli,kelambu dan pewangi rm



amaran keras:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. An-Nisa [116]

APAKAH ITU SYIRIK? Baca di SINI

Sunday, August 29, 2010

JIWA YANG TENANG

Sungguh, rindunya hati untuk berada disini lagi.


Masjid Nabawi

Makam RasulAllah


Airmata pun kian berderai




RAMADHAN YANG INDAH KURNIAAN DARI YANG MAHA INDAH

Saturday, August 28, 2010

jom layan allail




(Masjid Al Bukhary Jln Hang Tuah)

Toksahlah korang layan mamat kush kush hotakrin lebih sesangat kot nanti ada yang jadi biol dalam bulan posa.
10 malam akhir Ramadhan semakin hampir. Usah ditangguh tangguh, nanti melepas peluang keemasan ini.
Carilah MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN .

Kaedahnya ada disini, dan disini.


SELAMAT BERAMAL

Sunday, August 15, 2010

Nak Tarawih Kat Masjid Mana?



Gua sedang kembara tarawih ke masjid2 Selangor dan Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. insyaAllah akan diteruskan sehingga berakhir Ramadhan.

Pada malam semalam gua bertarawih di masjid Bandar Baru Sg Buloh.

Tazkirah sebelum Tarawih telah disampaikan oleh Ustaz Wan Ji.
Alhamdulillah.

Malam ini bercadang solat tarawih di Masjid As-Syafie bersebelahan Institut Professional Baitulmal, Kg Pandan.

INDAHNYA RAMADHAN KURNIAAN YANG MAHA INDAH.


Friday, June 18, 2010

PEMIMPIN HEBAT ( paling hambel)

Ada pemimpin yang rasa dah hebat tapi yang ini gua rasa terhebat. Nama dia mohamad najib, ooopppsss... silap taip, AHMADINEJAD-PRESIDEN IRAN.

Ade sesiapa yang pernah cuba seperti apa yang dilakukannya ini?





( atau adakah kita pernah pikir nak 'test' baring dalam kubur?)

baringlah kamu sebelum kamu dibaringkan

Friday, June 4, 2010

Siapa Saudaramu




Rejim Zionis laknatullah sewajarnya ditentang dengan kekuatan persentajaan negara negara Islam yang bersatu dibawah panji panji Islam dan bukan sekadar berdemontrasi sahaja.

Tiadanya kerjasama ketenteraan diantara semua negara Islam menyebabkan rejim berkenaan berbuat semahunya dan membunuh sesuka terhadap hati umat Islam. Puluhan tahun umat Islam Palestin di ganyang oleh puak zionis, selama puluhan tahun itu juga umat Islam tidak mencapai persefahaman ketenteraan untuk mengujudkan pasukan tentera Islam. Peperangan ala gerila harus diperhebatkan terhadap musuh Allah dan Rasulnya sementara wujudnya gabungan tentara islam sedunia.

Dimanakah ketua2 negara yang mendabik dada sebagai negara Islam yang maju dan mempunyai peralatan ketenteraan yang moden dan canggih menyembunyikan peralatan tenteranya ketika orang Islam diganyang oleh musuh2 Islam? Apakah kita tidak merasa berdosa terhadap saudara Islam kita di Gaza, Bosnia, Chechnya yang diperlakukan lebih dahsyat dari binatang?

"Ya Allah, Berikan kekuatan kepada kami untuk bersatu dibawah panji panjiMu. Bukakan hati2 pemimpin kami untuk menerima hidayah dalam menubuhkan gabungan tentera islam."

soal pada diri kita sendiri : binatangkah kita kerana membiarkan saudara seislam dibunuh setiap hari tanpa pembelaan ?

baca peringatan ini juga ini

My Blog List