دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن
وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت
اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين
اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه
وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا
ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .
Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi
Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.
Sunday, August 30, 2009
kencing lagi
Mulai 1 Sept. 2009 harga petrol RON 97 dijual pada harga RM2.00 seliter berbanding RM1.80 seliter sebelumnya. Untuk enjin kenderaan yang tidak memerlukan RON 97 bolehlah menggunakan RON 95 yang lebih rendah kualitinya tetapi dijual pada harga RM1.75 seliter.
Rakyat didahulukan ( sila baca DIBODOHKAN) untuk menanggung segala kenaikan termasuk pelbagai barangan keperluan harian yang turut naik berikutan penambahan kos pengangkutan. Keuntungan PETRONAS diutamakan.
cucu kwantung: baju seluar gua dah habis basah lencun kena kencing dgn Piem 1Malaysia.
Wednesday, August 26, 2009
nak raya lagi
Tapi yang satu ni aku rasa nak kongsi dengan pembaca sekelian terutama kepada ubn yang berjaya mengekal kekalahan dalam 7 PRK berturut2.
Salam buat Dato', Datin, YB, Tuan, Puan, Sdra/i, kawan2 dan yang sewaktu dengannya.
"SALAM LEBARAN 1430 H"
Nyimpen jenang nang jero tin,
arek digowo mareng suro,
keluputan kulo lahir batin,
salah silap njalok ngapuro.
Bocah cilik mangan sego,
sego dipangan karo gulo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino royo njalok ngapuro.
buko poso lawuh'e gereh,
njegor sunge dicaplok boyo,
keluputanku sing akeh akeh,
kito 0-0 lah yo?
p/s : kalu ada sape yang pandai bahasa kat atas tu tolong `translate' utk gwe, tak paham la bro...
apapun terima kasih Ejam Motor yang hantar sms ni
Monday, August 24, 2009
rotan syariah
Apakah ini bererti menjalankan hukuman tersebut sebagai mencemari Ramadhan?
Bagaimana pula dengan tahanan ISA yang tidak dibicarakan.
Kenapa tidak dibebaskan dibulan Ramadhan?
Adakah ini menunjukkan penahanannya adalah satu TINDAKAN SUCI?
alim taikucing!!!!!
MITOS DAN PENIPUAN
TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN
Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.
Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.
Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.
Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.
Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.
Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.
Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.
Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.
Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.
Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
MITOS PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.
MITOS KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
MITOS KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
MITOS KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
MITOS KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.
MITOS KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.
MITOS KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS
Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)
ihsan : bro hisham tukar tiub
Sunday, August 23, 2009
H1N1 + H5N1
Gabungan virus selsema manusia, selsema babi dan selsema burung telah membuka lembaran baru dalam epidemik global.
Menteri Kesihatan Leow TIONG Lai kena berwaspada; boleh jangkiti `Tiong Man', `Cicak Man', `Kluang Man' dan juga `Spider Man'.
Toyol Man! Mana lu mau lari??
Thursday, August 13, 2009
nasib babi
Wednesday, August 12, 2009
AWAS
Ada pihak tertentu cuba menggunakan DSAI sebagai penganjur penyebaran agama Kristian.Ini adalah cara terbaru mereka yang berniat jahat terhadap DSAI.
Mereka ini menggunakan nama DSAI sebagai penyokong kepada orang melayu yang ingin memeluk agama kristian.Mereka akan mencari mangsa terutama orang melayu yang menyokong Pakatan Rakyat.
Perkara ini berlaku pada diri aku sendiri,apabila aku didatangi seorang kenalan yang menamakan diri dengan gelaran "cahayanusantara"melalui chatroll,dia meminta aku menukar agamaku dengan alasan sudah ramai orang melayu memeluk agama kristian dan didokong oleh DSAI.Dia meminta alamatku untuk datang kerumah dan membawa ke gereja bagi mendengar ucapan Padri.
Adakah ini cara terbaru untuk memburukkan nama DSAI?
Kalau perkara ini betul,aku berharap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat bertindak lebih awal bagi menghalang fitnah ini semakin besar.
Ingat!! Dalam keadaan terdesak ini mereka akan lakukan apa saja untuk menjatuhkan pakatan rakyat.
-Sebarkan berita ini kat blog korang- (sumber dari ijoks2009)
Monday, August 10, 2009
suara dari kepala lutut
Bila Ketua Penerangan UMNO Selangor buka mulut, tentu ramai yang terkentut.
Tak pasti pulak samada ini pandangan mewakili warga Kuang. Gua rasa ini fikiran budak lepasan SPM.
Wednesday, August 5, 2009
skodeng
Cuba perhatikan betul2.
PM Najib paling seronok tengok kambing tengah `memanjat'. Mamat sebelah dia pulak tu siap tunjuk jari itu `barang' cukup tegak. huahuahuahuaaaaaaaaaaa...
Mungkin kambing pun nak perli kat manusia yang bernama piem.
Monday, August 3, 2009
peranan PDRM
Gambar2 ni bukan di Gaza tapi di 1Malaysia.
Bila ada perhimpunan aman dihuru-harakan ,bila huru hara ada upaya di amankan?
pemuda berjiwa kental!! Nah, ambik kau..
Sunday, August 2, 2009
Hikayat Raja Nongchik
Datuk Raja Nongchik mendakwa PENIAGA JALAN TAR RUGI RM100j - RM200j AKIBAT DEMO ANTI ISA.
Ini belum lagi melibatkan kos bahan api 2 heli yang berlegar2, elaun lebih masa anggota dan blah,blah,blaa......lagi.
Jumlah tersebut akan diperincikan lagi.
ck: mana banyak kalau dibandingkan dengan komisyen beli kapal
Saturday, August 1, 2009
Memang Sabtu
JAS tolong komen tahap udara Kuala Lumpur siang tadi.
JEREBU + GAS PEMEDIH MATA + H1N1 = ??
Lidah kontot bertambah kontot. FRU H1N1
My Blog List
-
-
-
-
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖4 years ago
-
-
VIDEO XJIANJIANG4 years ago
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jadual 10 Akhir Ramadan12 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH12 years ago
-
-
-
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7814 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-