دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Friday, April 16, 2010

APCO datang lagi

Sehari sebelum hari mengundi di P94 Hulu Selangor berlangsung, rakan karib Zionis akan berada di Kuala Lumpur. Siapakah yang menjemput PEMBOHONG, PENJENAYAH  & PEMBUNUH UMAT ISLAM ini datang ke Malaysia. APAKAH MUSLIHAT KEDATANGANNYA?

Mari baca detikdaily

JANGAN BENARKAN TONY BLAIR JEJAK KAKI DI MALAYSIA


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberikan amaran kepada Kerajaan BN agar tidak membenarkan penjenayah perang-Tony Blair menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak mahu berhadapan dengan bantahan terbuka rakyat.

Tony Blair yang juga mantan Perdana Menteri Britain adalah orang yang bertanggungjawab bersama Presiden Amerika, George W. Bush membawa bencana perang ke atas bumi umat Islam di Aghanistan (2001) dan Iraq (2003).


Sehingga ke hari ini beliau gagal membuktikan tuduhan beliau dan rakan sekutunya itu bahawa bangunan World Trade Centre diserang oleh pengganas Islam dan tuduhan bahawa Iraq mempunyai Senjata Nuklear-Pemusnah Besar-besaran (WMD) juga masih belum dapat dibuktikan.

Walaupun masih tiada bukti, tetapi dengan sewenang-wenangnya mereka mencetuskan perang hingga meragut jutaan nyawa dikedua-dua negara itu.

Hingga ke hari ini negara Afghanistan dan Iraq tidak pernah tenang, dan rakyatnya jadi pelarian dinegara sendiri.

Selain itu Blair juga mempunyai hubungan rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide, Darren Murphy yang pernah menjadi penasihatnya.

Blair yang disokong kuat oleh APCO merupakan ahli aktif dalam pertubuhan pelobi Pro-Israel, iaitu Labour Friends of Israel dan menyokong kuat kerja-kerja zionis Israel yang menindas umat Islam Palestine atas dasar perluasan wilayah.

Tangan Blair masih berlumuran darah dan air mata rakyat tertindas masih belum kering. Inilah dosa Blair yang tidak boleh dimaafkan.

Malaysia sebagai negara yang cintakan kedamaian dan menolak peperangan wajib menghalang Blair dari memasuki negara ini pada 24 April ini bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company.

PAS menuntut agar jemputan itu dibatalkan dan kita tidak memerlukan khidmat nasihat dari seorang pembohong dan pembunuh yang kini turut di tolak oleh Partinya sendiri (Parti Buruh) dan rakyat Brittain.

Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


p/s : Woi Lidah Kontot, Ini gua kasi tau sama lu. Jangan sampai lidah lu bertambah kontot akibat terkejut dan menipu!


AYUH KITA BANTAH KEDATANGANNYA.

No comments:

Post a Comment

My Blog List