Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dijangka dilantik sebagai senator minggu depan sebagai menghargai pengorbanannya tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
"Palanivel adalah pemimpin ulung...beliau adalah timbalan menteri, wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat dan juga ahli parlimen selama empat penggal,” kata seorang pemimpin MIC yang tidak mahu dikenali.
Bagaimanapun, katanya oleh kerana Palanivel adalah bekas timbalan menteri, justeru adalah adil jika kali ini beliau diberikan jawatan menteri penuh.
Palanivel pada asalnya adalah calon MIC untuk bertanding di kerusi Hulu Selangor. Namun akibat tentangan penyokong akar umbi BN, khususnya Umno, kerusi berkenaan diberikan kepada calon kompromi, P Kamalanathan, yang menang pada pilihan raya kecil Ahad lalu
No comments:
Post a Comment