Seorang ibu kepada seorang mat rempit kerap talah berpesan kepada anaknya yang kerap merempit dikampungnya agar segera meninggalkan perbuatan
merempitnya dengan motosikal kapcainya.
Mendengarkan nasihat ibunya si anak pun menjawab sambil bergurau kepada ibunya dengan berkata ia akan mati di JALAN YANG LURUS.
Si ibu tersenyum mendengar jawapan anaknya itu tanpa sebarang prasangka buruk dan berharap anaknya akan berubah dalam sedikit masa lagi.
Kebiasanya pada malam minggu anak kesayangan ibu itu keluar merempit didalam kampung atau kekampung bersebalahannya sahaja.
Tetapi malam minggu itu anaknya telah berkumpul bersama rakan rakan rempitnya dan telah pergi ke lebuhraya yang baru dibuka.
Takdir telah menentukan anak kesayangan ibu itu telah terkorban akibat gagal mengawal motosikalnya semasa membuat 'pacak' di lebuhraya itu.
Si ibu terlalu sedih lantaran kehilangan anak kesayangannya.
Ramai rakan2 rempitnya yang mengiringi jenazahnya ke kuburan. Setelah selesai pengkebumian si ibu didatangi seorang rakan arwah anaknya dengan memberitahu si ibu bahawa
gurauan arwah untuk mati di JALAN LURUS telah menjadi kenyataan iaitu
mati di LEBUHRAYA yang sememangnya lurus.
Kalo nak berkata2 pastikan bukan yang 'lagho'.
RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
No comments:
Post a Comment