دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Friday, September 16, 2011

Kadi Daerah Sekolah Mengandung terkantoi

Terkantoi bila ditangkap khalwat dibulan Syawal. Sekolah Mengandung kan ke kat daerah Jasin

Berita dipetik dari Mutaligat

Sehari dua ini kita digemparkan dengan berita seorang Kadi @ Pegawai Agama ditangkap khalwat di negeri Melaka ini. Saya mendoakan agar berita ini tidak benar kerana ianya jelas memalukan umat Islam jika ia benar.


Mana tidaknya jika benar, di mana kita hendak letakkan muka kerana Kadi ialah seorang yang berilmu yang sering memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah berkaitan dengan agama.

Saya mengharapkan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustaz Rahimin Bani menafi atau mengesahkan berita ini kerana ianya penting bagi menjaga kesucian Islam. Kalau ianya tidak benar maka pihak yang menabur fitnah mesti didakwa kerana menabur fitnah. Kalau ianya benar ia merupakan suatu peristiwa malang bagi negeri Melaka setelah berlakunya penyelewengan dalam wang zakat kerana digunakan untuk buat bangunan kini Pegawai Agama @ Kadi pula didakwa melakukan khalwat.

nota: i heard what u did huahuahuahua

1 comment:

  1. kawan saya yang dulu meniaga di benteng KL lagi dahsyat, anaknya dianu dek bilal. masjid mana tak yah sebutlah, tapi melaka juga. kes tu dah dibawa ke mahkamah, kesian budak tu, kak melaka ni macam-macam, sepintas lalu, kalau ditinjau, nilai-nilai keagamaan itu bertentangan sama sekali dengan betapa gahnya Hukum Kanun Melaka zaman dulu, kemudian tentang dahsyatnya Sultan melaka dan terkenalnya sebagai pusat pengembangan islam. inilah natijahnya, fikir-fikirkan.

    ReplyDelete

My Blog List