دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن
وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت
اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين
اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه
وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا
ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .
Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi
Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.
Monday, April 9, 2012
MENGAPA TERLALU SUKAR UTK BERKAHWIN SKRG NI?
Pernikahan adalah satu sunnah nabi dan merupakan antara fitrah manusia yang memerlukan kepada pasangan. Setiap makhluk ALlah diciptakan berpasangan termasuklah manusia. Oleh kerana itu manusia perlukan kepada pasangan masing-masing untuk saling melengkapi. Jika tidak, hidupnya masih tidaklengkap , tidak teratur dan banyak kekurangan.
Dan pernikahan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah sepertimana yang difirmankan olehNya yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum: 21)
APA ITU MAWADDAH DAN RAHMAH?
Mawaddah dan rahmah ini muncul kerana di dalam pernikahan ada faktor-faktor yang dapat menumbuhkan dua perasaan tersebut. Dengan adanya seorang isteri, suami dapat merasakan kesenangan dan kenikmatan, serta mendapatkan manfaat dengan adanya anak dan mendidik mereka. Di samping itu, ia merasakan ketenangan, kedekatan dan kecenderungan kepada isterinya. Sehingga secara umum tidak didapatkan mawaddah dan rahmah di antara sesama manusia sebagaimana mawaddah dan rahmah yang ada di antara suami isteri. (Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 639)
Al-Hasan Al-Bashri, Mujahid, dan ‘Ikrimah rahimuhumullah berkata: “Mawaddah adalah ibarat/kiasan dari nikah (jima‘) sedangkan rahmah adalah ibarat/kiasan dari anak.” Adapula yang berpendapat, mawaddah adalah cinta seorang suami kepada isterinya, sedangkan rahmah adalah kasih sayang suami kepada isterinya agar isterinya tidak ditimpa keburukan. (Ruhul Ma’ani 11/265, Fathul Qadir 4/263)
Kata Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, “Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam.”
Rasulullah S.a.w bersabda yang mafhumnya, “Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”.(Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).
PERNIKAHAN DI MALAYSIA SEMAKIN SUKAR
Sejak British datang ke Malaysia dulu, HUKUM ALLAH pun telah mula dibuang dan digantikan dengan undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid. Dan sistem birokrasi mula bertapak di Malaysia yang menyebabkan semakin banyak kesulitan dialami, bukan semakin menyenangkan. Apa yang saya lihat sekarang, nikah kahwin di Malaysia ini semakin sukar. Rakyat semakin sukar untuk mendapatkan mawaddah dan rahmah yang ada dalam pernikahan. Sukar oleh kerana beberapa faktor utama antaranya;
1- Undang-undang yang semakin cerewet yang membikin semakin banyak prosedur.
Ambil sijil itu ambil sijil ini, kena bayar itu kena bayar ini (orang nak kahwin pun masih sempat
mereka nak cari keuntungan), bukan semakin untuk menyenangkan tetapi semakin menyusahkan rakyat.
2- Pemikiran ibubapa yang berorientasikan kepada mahukan menantu yang hebat, terutamanya dari
segi keduniaan. Seperti mahukan menantu yang berkerjaya besar, berpangkat, ada nama hebat
dan seumpamanya. Secara ringkasnya ialah terlalu cerewet dalam memilih.
3- Masyarakat sendiri yang telah statik fikirannya yang suka mengata itu ini.
Orang nak nikah secara halal pun dikomen yang tidak membina.
Orang nak nikah dengan janda pun bermacam-macam tuduhan dilemparkan.
4- Tiada usaha oleh pihak-pihak atasan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan,
yang masih tidak kahwin-kahwin itu.
Kita perlu tahu, keadaan di malaysia kini semakin berleluasa dengan zina, berdua-duaan bersama bukan muhrim, gejala bohsia, dating di mana-mana antara bukan muhrim dan sebagainya. Maka mengapa saya lihat pemimpin-pemimpin kita hanya memandang remeh perkara ini. Tiada yang prihatin kepada nasib manusia-manusia yang hendak sangat kahwin tetapi masih tidak dapat kahwin-kahwin.
Maka saya nak beritahu kepada penguat kuasa undang-undang, bahawa itu semua tanggungjawab anda. Jika sekiranya anda makin menyulitkan lagi proses pernikahan, maka segala gejala2 maksiat itu adalah disebabkan oleh anda juga.
Adakah dengan membuat bermacam-macam prosedur itu semakin menyelesaikan masalah?
Islam ini mudah tetapi dipersulitkan dengan bermacam prosedur sekarang. Apa yang saya tengok, masalah tidak juga selesai, malah semakin membuatkan orang sukar untuk kahwin, semakin membuatkan orang melanggar batas-batas agama, semakin membuat rakyat tertekan dan seumpamanya. Apa gunanya membuat semakin banyak prosedur tetapi rakyat semakin ramai buat maksiat?
Pemimpin sepatutnya berusaha keras menyahut hadith ini , “Nikahilah perempuan yang ramai anak dan penyayang. Kerana aku akan berbangga dengan banyaknya umatku dihadapan para Nabi kelak di hari kiamat”. (Hadis Riwayat Ahmad dan di shahihkan oleh Ibnu Hibban).
Nabi amat berbangga dengan umatnya yang ramai, maka jika kerajaan kita betul-betul prihatin masalah ini, kerajaan akan menumpukan agar rakyatnya yang beragama Islam dapat kahwin semuanya. Tidak mahukah kita membantu untuk meramaikan umat nabi kita?
Kata Syaikh Hussain Muhammad Yusuf: “Hidup membujang adalah suatu kehidupan yang kering dan gersang, hidup yang tidak mempunyai makna dan tujuan. Suatu kehidupan yang hampa dari berbagai keutamaan insani yang pada umumnya ditegakkan atas dasar egoisme dan mementingkan diri sendiri serta ingin terlepas dari semua tanggungjawab”. Maka tidak mahukah kita cuba menggalakkan (bukan sahaja galak tapi bantu lah) rakyat agar berkahwin?
Apakah dengan membuat bermacam prosedur itu dapat mengelak dari masalah perceraian?
Apa yang saya tengok tidak juga, kerana masih banyak rumahtangga yang menemui jalan buntu yang akhirnya bercerai. Itu semua adalah soal jodoh, apa pun langkah yang kita usaha, kalau dah jodohnya panjang tetap panjang, kalau dah jodoh pendek tetap pendek, ada hikmah semuanya. Cuma apa yang saya harap, jangan pula pihak atasan semakin menyulitkan proses untuk berkahwin itu.
Mana lebih baik? Berikan kemudahan kepada mereka yang mahu berkahwin dan cuba membantu mereka ataupun membiarkan sahaja maksiat semakin berleluasa? Ini dalam keadaan rakyat tertekan pun kerajaan masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Naluri rakyat yang memerlukan kepada pasangan yang halal terpinggir pun masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Apa guna nya pembangunan jika jiwa rakyat kamu menderita? Apa gunanya pembangunan jika sekiranya keperluan asasi rakyat kamu tidak dipenuhi?
Nasib banyak kaum wanita yang masih tidak dapat berkahwin pun tiada siapa yang peduli. Tidak kah kamu kaji wahai kerajaan tentang bilangan wanita yang masih tidak dapat kahwin di Malaysia ini? Walaupun sudah dikategorikan sebagai berumur dan sudah layak untuk bergelar sebagai seorang isteri?
Apa usaha kamu wahai kerajaan untuk berusaha mencari jodoh untuk mereka?
Apa usaha kamu wahai kerajaan untuk menenangkan hati mereka kerana kamu mesti tahu, MANUSIA MEMERLUKAN KEPADA PASANGAN MASING-MASING.
Tanpa pasangan, sudah tentu lah jiwa terasa kekosongan, kesepian, keseorangan dan bermacam-macam perasaan negatif lagi. Kamu berusaha keras untuk membuat pembangunan, tetapi mengapa kamu tidak berusaha keras untuk menyenang dan mengisi kekosongan hati rakyatmu? Di sini lah terlihatnya betapa
kamu hanya mementingkan pembangunan material dari pembangunan rohani rakyat kamu.
Mana usaha kamu untuk membantu rakyat untuk memenuhi firman Allah ini,
“Dialah yang menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan Dia jadikan dari jiwa yang satu itu pasangannya agar ia merasa tenang kepadanya…” (Al-A’raf: 189)
Dan kepada para ibubapa pula, jangan lah terlalu cerewet untuk memilih bakal menantu. Cukup lah kamu kaji serba sedikit tentang latar belakangnya menurut apa yang diberitahu dalam hadith, “Wanita dikahwini kerana empat hal:
Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya.
Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian,
nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).
Jika kamu sudah pasti orang itu agamanya elok, takutkan Allah, dan anak kamu sudah saling sayang menyayang dengannya, maka nikahkan lah mereka. Jangan tunggu sampai mereka ada rumah banglo, kereta besar, duit bertambun-tambun dulu baru nak kahwinkan mereka.
Ingatlah, Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah a.s hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi mereka tetap bahagia. Apa lagi yang bagus melainkan melihat hidup anak kamu bahagia? Saya tegaskan , bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaa, saya ulangi lagi, bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaaa. Haa ini diulang-ulang lebih sikit kepada mereka yang gila ke duit sangat tuuu!!
Hayatilah firman Allah ini dan jangan hanya pandai baca sahaja,
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An-Nur: 32).
Dan yakinilah juga dengan pesan Nabi Muhammad S.aw ini ,
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).
Dan saya kuatkan lagi hujjah dengan kata-kata sahabat ini, Ibnu Mas’ud radliyallahu ‘anhu pernah berkata: “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujangan”. (Ihya Ulumuddin dan Tuhfatul ‘Arus hal. 20).
Jangan tunggu menantu kamu kaya atau banyak duit dahulu baru nak nikahkan mereka dengan anak kamu. Yakinlah , Allah akan bantu untuk cukupkan mereka jika mereka ikhlas berkahwin kerana Allah. Ketahuilah, apa yang penting dari sebuah rumahtangga adalah kebahagiaan. Kebahagiaan itu bukan diukur dari wang
ringgit , pangkat dan seumpamanya, tetapi adalah kebahagiaan yang dirasai dalam hati seorang manusia itu. Maka jika hatinya sudah saling sayang menyayang, senang dan serasi bersama, maka nikahkan lah mereka. Semoga dengan cepat-cepat dinikahkan akan dapat mengelakkan dari berlakunya bermacam maksiat dan noda.
Dan bagi para lelaki yang mahu memilih wanita, hayatilah maksud ayat ini,
“Wanita yang shalihah ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana Allah telah memelihara (mereka)”. (An-Nisaa: 34).
Oleh itu saya amat berharap pihak yang berwajib dapat menitik-beratkan perkara ini kerana ini adalah soal keperluan asasi manusia, fitrah kemanusiaan dan demi kebahagiaan di hati masing-masing. Cuba lah mengambil langkah untuk ikhtiarkan masing-masing rakyat ini mendapat jodoh masing-masing kerana saya perhatikan teramat banyak rakyat yang sudah agak berumur yang sangat-sangat ingin merasa alam pernikahan tetapi masih tidak dapat nikah terutamanya golongan wanita.
Maka kesimpulan dari apa yang saya ingin katakan di sini ialah, jika ada pasangan-pasangan yang sedang bercinta mahu berkahwin dan mereka sudah sanggup untuk hadapi apa sahaja, maka kahwinkan sahaja mereka. Tak perlu kita pula yang menjadi penghalangnya. Apa yang penting pernikahan itu pertamanya mesti berdasarkan kepada kerana ALLAH. Maka jika mereka sudah sanggup untuk berkahwin, maka apa tunggu lagi, aturkan pernikahan untuk mereka. Soal jodoh kekal atau atau tidak, bahagia atau tidak mereka itu adalah soal mereka sendiri.
Jangan kita pula yang jadi batu penghalang orang mahu bina masjid. Akibat melarang mereka berkahwin, nanti mereka buat maksiat dan dosa siapa yang nak tanggung? Anak-anak kamu juga wahai pak-pak mertua. Tak kasihankah kamu kepada anak-anak kamu? Gara-gara kamu mementingkan diri kamu
untuk mendapat menantu yang hebat, agar orang semua memandang hebat kepada kamu (macam kamu sendiri pulak yang nak kahwin), akhirnya anak kamu yang jatuh ke lembah maksiat.
Adakah selama ini mereka yang banyak harta itu semua bahagia setelah berkahwin?
Adakah mereka yang pergi kursus kahwin itu bahagia belaka selepas berkahwin?
Adakah mereka yang berpangkat, berkerjaya besar dan segala yang gah-gah bahagia
belaka selepas kahwin? Maka tepuk dada tanya iman anda.
Dan jangan menetapkan hantaran yang besar-besar bagi mereka yang tidak mampu. Ikut sahaja kemampuan mereka, jangan menyiksa dan membebankan bakal menantu anda. Yang penting mereka dapat bina masjid yang baik dan sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Dan jika anda adalah ibu bapa yang baik, maka bantulah sama anak anda untuk mengeluarkan belanja bagi pernikahannya. Semoga diredhai dan diberkati Allah pernikahan mereka. Yang penting kita buat jalan HALAL yang diredhai oleh ALLAH S.W.T, insyaAllah berkat.
Pernikahan yang sepatutnya mudah sahaja di dalam Islam dan amat digalakkan oleh Nabi Muhammad S.a.w tetapi semakin sukar dan payah untuk dilakukan sekarang ini kerana sikap dan suasana hari ini sendiri. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah bersama. Wallahu a’lam
HIKMATUN
My Blog List
-
-
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 years ago
-
-
-
-
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖4 years ago
-
-
Sebenarnya begini Nashruddin Tontowi...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mulakan dgn bismillah6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jadual 10 Akhir Ramadan12 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment