دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Tuesday, December 29, 2009

HARAM JADAH



BN semakin relevan dan diterima ramai kaki mabuk. Dulu Kini dan Selamanya

Jahanam dan Menjahanamkan!
take beer 1Malaysia


(image rembat dari 'kaasii peecaahhh laaa')

lagi berita lucah


PI Bala yang pernah di'HILANGKAN' bakal jadi bahan lawak SPRM untuk menutup tirai tahun 2009. Lawak sasau lagi lucah dari SPRM boleh dibaca dari The Malaysian Insider.

p/s : dah kena kebumi pun boleh kena pergi hospital sg buloh, inikan pulak yang masih boleh berjalan sendiri!!
Bala...lu kasi korek sampai hilang stim

Saturday, December 26, 2009

DEMO UMNO DESAK PAS KELUAR PAKATAN





UMNO akan mengadakan demo mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat pada 27/12/2009 jam 11 pagi di Shah Alam. : harakah daily


Bukankah demonstrasi bukan BUDAYA KITA?

FRU dah siapkan water canon dan gas pemedih mata? Kasi polish itu loceng kilat2!!

Pembesar suara kasi taruk bateri baru.

Esok jangan jadi bisu.

 Jangan kecut telooo.

DEMO jangan tak DEMO.

EEeeeeeeeeiiikkk........Apsal UMNgOk nak sibuk hal PAS?
Sejak bila PAS jadi parti bersekutu UMNgOk?

Acan Ali nak serah memo atau nak terima memo bantahan????!!!!!!!

Berita Lucah




GUAN ENG DISIASAT -utusan meloya

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan disiasat mengikut Akta Hasutan kerana medakwa KONONnya kematian TBH adalah akibat dibunuh. Pihak polis akan memanggil beliau untuk mendapatkan keterangan. Polis bertindak berdasar LAPORAN YANG DILAPORAN oleh PIHAK POLIS.



Thursday, December 24, 2009

Ingat 25 Disember



Mengingatkan aku tentang Nabi Isa 'Alaihissalam akan muncul kembali untuk menegakkan kebenaran Ilahi.

Bila tarikhnya? Wallahu a' lam.
Pergi jahanam segala kemungkaran dan para pemimpin zalim yang berperangai Dajjal.

nota: 25/12 juga tarikh lahir arwah ibuku.

Friday, December 18, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH







puaka berkeliaran
Kita boleh lihat di kampung2 ada pokok yang mereput kering akibat dipanah petir. Daunnya luruh satu persatu hari demi hari sehingga tinggal tunggul. Orang tua2 kata pokok tu jadi tempat singgah hantu puaka, itu pasal ditembak petir. Betul ke tidak aku tak tahu sebab aku tak nampak hantu jenis tu. Kalau hantu yang jenis ini mungkin ramai yang tahu. Hantu DOLLAR AND CENTS $$$$$$$

Hantu jenis ni nampak sama macam manusia biasa tapi kalu singgah kat mana mana negeri atas angin atau bawah angin habis diborongnya segala macam hiasan diri.
Tak cukup duit? Pengurup wang boleh tolong transfer ke akaun luar negara.

Akibatnya pengurup wang yang kena dakwa kerana memindahkan wang RM600,000 untuk hantu puaka di luar negara. Hantu bebas ber'shopping' sakan.

p/s: Money changer umpama pokok kayu pada hantu puaka. Betul2 kayu !!!

Wednesday, December 16, 2009

Majlis Kenduri


Merembat tanah wakaf masjid sudah dikira halal berdasarkan tidak cukup ahli kariah dan jarak dari masjid yang sedia ada.Ini cara baru untuk mendapatkan keuntungan besar oleh satu badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian beragama. Aku malas nak sebut majlis apa ke bende nya tu.

BERAPA JARAK MASJID NEGARA DAN MASJID JAMEK KUALA LUMPUR ATAU MASJID INDIA???????
(boleh melebihi 50 km jika dari Masjid Negara untuk pergi ke Masjid Jamek melalui Jln Bangsar, Lebuhraya Persekutuan sehingga Subang Jaya dan masuk ke NKVE sehingga Jalan Duta dan ke Jalan Raja!!! Korang jangan gelak kalo ini jawapan yang dimaksudkan dengan tidak sampai 2km dari Masjid Wilayah.)

Bagi aku bila sebut perkataan 'majlis', saling tak tumpah macam majlis berkhatan, majlis persandingan, majlis suai kenal, cukup jambul atau apa2 majlis kenduri. Tapi yang ini berbeza, sebab kenduri ini dirancang oleh pihak majlis. Majlis kenduri tanah wakaf!!!

Berapa harga tender? Tak nak bagitau.
Bantahan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan dijawab oleh ketua eksekutif syarikat merangkap bendahari negeri parti kepala lembu. Bantahan kepada pihak Majlis, tapi kepala lembu yang berbunyi.

p/s: Majlis kartun. Boleh gelak sampai terberak.

Tuesday, December 15, 2009

Mana orang2



Masih ada lagi ahli parlimen PR gagal menghadiri usul Bajet 2010 di Parlimen malam tadi. Akibatnya PR kalah dalam undian. Kalah tipis ke, tebal ke, kalah juga namanya.

Korang pergi mana waktu malam sampaikan takde masa nak pergi Parlimen disaat saat diperlukan? Bizy kerana ape? Suara rakyat di Parlimen sudah TIDAK PENTING lagi.

Ada juga yang tak hadir ke Parlimen kerana berada di luar negara. Cissss...alasan sengal. Yang korang nak jaga rakyat negara mana???

nota: Kita tunggu nama nama orang hilang ni. Minda gostan.

Friday, December 11, 2009

TM tembel

Selepas 219jam dari aduan pertama ke bahagian kerosakan TM, talian telefon rumah dan internet aku pulih. Pun begitu, internet lembab macam siput babi. (sorilah siput, kau juga jadi mangsa perumpamaan bangsa manusia!!)

Kerja tukar kabel dan pembaikan yang kulihat cuma ambil masa 1 jam dalam jarak 200 meter.

Sikit punya autalah TM, kerja tak sampai sejam bikin aku tunggu sampai 219 jam.
KASI POTONG TM

p/s: tembel adalah bahasa jawa yang sama erti dengan LEMBAB.(bukan basah lembap)

Thursday, December 10, 2009

tipis kemungkinan



Seminggu aku nunggu telekom malaysia repair line telefon dan streamyx kat rumah. Mula buat aduan kat 100 pada hari tengahari khamis 3/12/2009 sampai hari ni 10/12/2009 takde perkembangan.

Bila aduan dibuat, dorang janji akan pulih dalam 24jam. Selepas 24jam aku telefon lagi, dorang janji lagi 24jam. Begitulah seterusnya sampai hari yang ke5 @ 120jam, dorang beritahu ada kerosakan kabel bawah tanah. Perrrrrggghh...Ape punya sengallah sampai 5 hari baru tahu kabel problem. Merintis Kemungkinan lah katakan!
Kemudian dorang janji akan siap sepenuhnya dan pulih pada 9/12/2009.

Aku tanya dorang kat mana kerja pembaikan yang dimaksudkan supaya aku boleh tolong tarik kabel sekali. Kalu sehari tarik kabel sejauh 1 kilometer, seminggu sudah sampai kat rumah aku.

Pagi ni aku telefon terus kat pengurus kawasan dan dia janji lagi akan pastikan talian pulih hari juga tapi nak tanya kontraktor dulu.
Pulamak...kontraktor lagi power dari pengurus kawasan.

WOooooittt.. berapa punya lama nak tunggu daaaaaaaaaaaaaaaah............


Aku dah teringat iklan SUDAH POTONG?!!!!!!

Monday, December 7, 2009

Bangkai lemas

Che Det kata UMNO ni dah busuk sampai ke usus.

TGNA pulak kata UMNO dah makin lemas.

Pendekkan cerita, kalu mati tak payah talqin dan kuburkan.

Bior boya ngap je. Itu pun kalu boya ada selera kat 'bangkai' jenis ni.

p/s : gua tumpang gelak
biasanya mati lemas dalam air
zaman ni mati lemas dalam karung guni

Wednesday, December 2, 2009

DEMO PENGECUT

DEMO DESAK TGNA TARIK BALIK DOA

HA HA HA HA HAAAAAAAAAAA

DOA DAH SAMPAI ARASY KE TUJUH NAK DESAK KASI KENSEL

HA HA HA HA HAAAAAAAAAAAA

PUAK MANGKOK BERAYUN JADI KELAM KABUT SEBAB YAKIN DOA TGNA MAKBUL
OOooooooiiii........suruhlah piem doa pulak. Awat tak konpiden ?!!

My Blog List