دعا مودهكن رزقى/ ككاياءن

وبارك لنا اللهم في جمع كسبنا وحل عقودالعسر يا يوه ارمخت

اللهم ربنا انزل علينا مائدة من السماء تكون لناعدا لاولنا واخرنا واية منك وازقنا وانت خيرالرازقين

اللهم ان كان رزقنا فى السماء فانزله وان كان رزقنا فى الارض فاخرجه وان كان رزقنا فى الماء والبحر فاطلعه

وان كان رزقنا قليلا فاكثره وان كان رزقنا بعيدا فقربه وان كان رزقنا عاسرا فيسرلنا

ولتنقلنا اليه حيث ماكان بفضلك وجودك وكرمك برحمتك ياارحم الراحمين .

Wahai Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami rezqi dari langit untuk kami lazimkan bagi awal hidup kami dan akhir hidup kami dari ayat ayatMu dan berilah kami rezqi dan hanyalah Dikau sebaik baik Pemberi Rezqi

Ya Allah, apabila rezqi kami di langit, maka turunkanlah, dan apabila rezqi kami dari dalam bumi, maka keluarkanlah, dan apabila rezqi kami di dalam air dan di laut maka angkatkanlah, dan apabila rezqi kami itu jauh, maka dekatkanlah. Apabila rezqi kami sedikit maka perbanyakkanlah. Apabila rezqi kami sukar, maka permudahkanlah.




Thursday, July 30, 2009

JUMPA DISINI


da berbulan aku tak dengar loceng `icecream' fru, tentu diorang tengah `polish' kasi kilat.
SEMUA DIJEMPUT HADIR kecuali FRU

Tuesday, July 21, 2009

Kes Teoh


DAH DIKEBUMIKAN TERUS JADI 60% SELESAI. LAGI 40% ENTAH BILA PULAK.

ONG TEE KIAT DAH SELESAI SIASATAN PKFZ TAPI SAMPAI SEKARANG TAK BERANI UMUM.

YANG DIKIRA SELESAI TU MACAMANA? RAKYAT NAK TAHU APA KEPUTUSAN SIASATAN.

JANGAN BUAT SENYAP. SPRM( aku ngeri nak sebut)SIASAT POLIS, POLIS SIASAT SPRM. (dua kali ngeri)

Sunday, July 19, 2009

Rosmah Bertawaf


Semuga kekal bertudung . Jangan anggap tudung `pesen' kat Mekah....!

melayu

DMDI dunia melayu dunia islam. Puak ni selalu 'claim' melayu adalah islam. itu pasal timbul Rasul Melayu.
melayu ni sedang 'memelayukan' TOTO???
Ada seorang jawa bagitau 'orang melayu' tu bermakna orang yang lari. betul ke...??

Wednesday, July 15, 2009

Apa kaitan hadis dan H1N1




Masih aku teringat waktu sekolah ada di ajar sebuah hadis Nabi SAW:

" Tiada jangkitan pada penyakit BERJANGKIT, tiada sempena sial/kecelakaan pada burung hantu, tetapi hendaklah kamu lari penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari dikejar harimau".

Korang rasa hadis ni takde kena mengena dengan penyakit H1N1?? Sekiranya ada, nape para ulamak tak sebut bila timbul isu penyakit berjangkit??
Aku tetap yakin pada Hadis Nabi SAW.

#super hero kat siam pun takut selsema babi. diorang memang takde power pun!!!

Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI

SOHIH CALON PAS FAUZI B. ABDULLAH MENEWASKAN CALON BN TUAN AZIZ TUAN MAT DENGAN MAJORITI SEBANYAK 65 UNDI

EEeeeeehhhh MENANG LAGI..............!!!! PENIAGA IKAN TEWASKAN CEO KESEDAR??
TAK PAYAH GUNA HELIKOPTER PUN BOLE MENANG...!! BN BARU MENANG SATU BATANG . BATANG AI LAaaaaaaa.

Monday, July 13, 2009

yaaaaahooooooooo.....esok cuti !!!!

MB Kelantan TGNA Nik Aziz NIk Mat MENGISYTIHARKAN CUTI UMUM pada 14hb Julai 2009 (Selasa) sempena hari pembuangan undi PRK MANEK URAI.
SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA WARGA MANEK URAI

Terima kasih TGNA.

Tapi aku tak boleh cuti dan mengundi sebab aku bukan rakyat Kelantan yang mengundi di Manek Urai. Huahuahua ... baru aku perasan...

Perbetul Arah Kiblat Khamis Ini


TAWAU: Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini jam 5.28 petang.

Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya pada hari dan masa itu kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya," katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri di sini hari ini

(copy paste dari MyMetro)

tanda tanda nak mati

(gambar hiasan : pusara bonda tercinta)



TANDA 100 hari SEBELUM hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimana pun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 hari SEBELUM hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar eesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. WALLAHU 'ALAM

(copy dari: mag leftenan kolonel/tranungkite)

Sunday, July 12, 2009

Najib 100 hari.

Pentas terbaru DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin . Solat bersama 200,000 jemaah tabligh di Ijtimak Tabligh Sedunia di KLIA semalam. Mudah mudahan dapat berkat!!

NAK CARI BERKAT ATAU MENAGIH SIMPATI DAN POPULARITI DARI JEMAAH TABLIGH ??? BILA NAK "KELUAR" 40 HARI ??? KALU TAK MAMPU 3 HARI PUN CUKUP. NAK TARBIAH REMAJA UMUR 50 TAHUN KEATAS BUKAN SENANG !!!!!!

Friday, July 10, 2009

You Are Welcome


Datuk Seri Dr Rais Yatim menyarankan semua Menteri dan Timbalan Menteri mempunyai blog peribadi sendiri untuk memudahkan menerima maklum balas dari rakyat.

MAKLUM BALAS.?? MAKLUM ADE..JANGAN BALASNYA TAKDE...jangan buat PEKAK BADAK .

Tuesday, July 7, 2009

thaksin shinawatra


Bekas PM Thailand berada di Kuala Lumpur lebih 24 jam ?????
Mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abd Aziz Subang bersama pesawat peribadi.?????
Macamana boleh mendarat kalau tak dapat kebenaran????
Singgah isi minyak ????
Thaksin pelancong??? Layak tinggal 30 hari
Menginap di Shangri La Hotel KL?????
PDRM diminta menahan Thaksin tapi KPN kata Thaksin sudah blah????

AWAT CEPAT SANGAT ??? PERGILAH SHOPPING KAT KLCC KE..BKT BINTANG KE...PERGI KE MANIK URAI KE...

MALAYSIA NEGARA TRANSIT????? PENGIMPORT DAN PENGEKSPORT MANUSIA ??? hEY...USA, JANGAN PANDAI PANDAI TUDUH GITU, NANTI PM NAJIB TEFON KAT OBAMA...................

Wednesday, July 1, 2009

samseng kg dusun

Pengerusi Jawatankuasa Khas yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pendikar Amin Mulia mendapati 4 Pemuda UMNO bersalah kerana mengasari Ahli Parlimen Gelugor Karpal Singh pada 26 Februari yang lalu dan akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Pemuda gagah perkasa yang mengasari OKU tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO Serdang Engku Salleh Engku Jamal, Latt Shahrizan Abdullah ( PJ Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari ( Shah Alam).
Keputusan mukatamad akan ditentukan pada sidang dewan hari Khamis 2/7/09.

MENGASARI AHLI PARLIMEN DI PARLIMEN?? AHLI PARLIMEN WARGA EMAS YANG BERKERUSI RODA?? hahahaha HAMPEH

My Blog List